Monday, March 2, 2015

MEMORI

Sempana lawatan YB Datuk Madius Tangau ke Entilibon Telupid pas\da 2 Mac 2015

Sunday, November 4, 2012

Tun Mahathir


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925[1]). Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[2]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'[3].


Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil[4] dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir[5] dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak[6].

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[7] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire)[8].

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya[9]) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah)[10]. Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.   Tun Dr,Mahathir seorang tokoh pemimpin bertaraf dunia,semua pemimpin dan pembesar dunia yang sengkatan dengannya mengenali beliau.Tidak ada seorangpun pemimpin di Malaysia yang layak mengkritik dan merendahkan martabat dan pencapaian Tun Dr.Mahathir.Tun Dr.Mahathir menyerlahkan negara Malaysia di mata dunia dengan kredibiliti yang amat tinggi semasa menjadi perdana menteri Malaysia.Kalau Tun Dr.Mahathir mati,ada yang menawarkan supaya otaknya dibuat kajian atas sebab geniusnya Tun Dr.Mahathir.Beliau adalah permata yang tidak ada bandingannya untuk rakyat Malaysia.

Saturday, February 6, 2010

Menghormati Sidang Atau mesyuarat

Sememangnya telah menjadi kelaziman,sesuatu sidang atau mesyuarat yang dijalankan oleh sesebuah organisasi pastinya dimaklumkan terlebih dahulu kepada ahli organisasi itu sendiri,dengan cara bertulis,pengumuman atau apa juga cara sehingga jelas dan dimaklumi oleh ahli berkenaan.

Biasanya tidak semua ahli organisasi akan dapat menghadirkan diri atas sebab urusan rasmi,peribadi atau komitmen lain yang tidak boleh dielakkan.

Apa juga keadaan, seseorang ahli mesyuarat yang rasa bertanggungjawab ke atas organisasinya sudah pasti akan memberikan maklum balas dan respon kepada orang yang dipertanggungjawabkan mengendalikan sesuatu mesyuarat.
a. Menulis Surat
b. Berjumpa dan memberi penjelasan kepada pengelola mesyuarat secara lisan
c. Menelefon atau menghantar sms

Adakah di antara[ a-c ] di atas kita lakukan?
Berikan jawapan yang jujur dalam hati tuan\puan encik\cik....

SEMASA SIDANG\MESYUARAT BERLANGSUNG
Sesuatu yang tidak kita ingin lihat adalah:-
1. Ahli sidang\mesyuarat keluar dan masuk dalam dewan\bilik mesyuarat
2. Lewat dan masuk tidak bertatasusila
3. Asyik berbual dengan rakan
4. Meninggalkan sidang\mesyuarat yang belum lagi selasai sepenuhnya

Saturday, January 23, 2010

Permata Negara Malaysia


Dr Mahathir memanglah satu nama yang besar dan sangat bererti kepada Malaysia. Paling tidak beliau akan dikenang sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkuasa. Rekodnya sebagai Perdana Menteri saja ialah selama 22 tahun iaitu dari tahun 1981 hingga 2003 dan ini belum dikira beliau sebagai menteri sejak 1974. Rekod ini dijangka tidak akan dapat diubah atau dibuat lagi oleh sesiapa yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka hayat menjadi Perdana Menteri akan ditetapkan hanya dua penggal sahaja iaitu 8 atau 10 tahun. Cadangan ini adalah baik supaya dapat mengelakkan penggunaan salah kuasa atau rasuah kuasa dalam perkhidmatan. Bagi Tun Sheikh, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat. Ini adalah anugerah Allah kepada bangsa Melayu. Beliau mempunyai wawasan yang jauh untuk membangun bangsanya. Beliau boleh dikatakan berjaya dalam membentuk acuan falsafah pemikirannya. Walau bagaimana pun memang terdapat kelemahan dan ini timbul mengikut fitrah kerana beliau berkuasa terlalu lama. Yang paling menyedihkan apabila beliau mula melatah dan memperlekeh agama ketika beliau telah banyak membangun pembangunan minda rakyat dan juga pembangunan fizikal negara. Sayangnya beliau berpendidikan barat dan wawasannya tidak yakin terhadap kebudayaan Islam. Dr. Mahathir telah banyak berjasa tetapi jasanya tercemar dengan kesilapan akibat rasa kebanggaan dan kesombongan dirinya sendiri hingga hampir beliau dipaksa meletakkan jawatan atau mungkin dipecat oleh orang UMNO sendiri jika beliau tidak berbuat demikian. Malah selepas persaraan beliau, Dr. Mahathir telah dipulaukan dengan begitu ironi sekali. Beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan pantas menerima kenyataan bahawa popularitinya mula menurun kerana terlalu lama mengetuai UMNO dan negara. Beliau menerima balasan yang kurang baik dari segi penghormatan atau moral daripada acuannya sendiri. Beliau berjaya kerana wawasannya telah dibuat sebelum beliau berkuasa lagi. Ini diakui oleh beliau sendiri dalam bukunya Malay Dilemma. Beliau mendapat idea sejak di alam persekolahan dan di universiti. Apabila beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1969, beliau telah membukukan wawasan dan pandangan beliau. Ketika kembali ke pangkuan UMNO dan menyertai kabinet, beliau hanya mengimplimentasikan saja apa yang pernah beliau fikirkan. Dr. Mahathir sangat bernasib baik kerana ketika beliau menjadi Perdana Menteri, tenaga intelektual dan tenaga teknikal dari kalangan rakyat telah pun tersedia hasil dari perancangan Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussein Onn. Beliau begitu bijak mengeksploitasi ahli-ahli dan pakar-pakar yang telah dibentuk mengikut pemikirannya. Motto ciptaannya mempunyai spiritual yang tinggi dan mendorong manusia Malaysia menjadi agresif dan proaktif. Motto Malaysia Boleh begitu keramat sekali tetapi sayangnya motto ini seolah-olah dimatikan dan semangat dan falsafahnya tidak diteruskan. Sebenarnya falsafah motto ini sahaja boleh berkembang dan berdiri sendiri. Ia boleh difahami sebagai Kita Boleh dan Saya Boleh dan sebagainya. Apa yang menarik dan luar biasa dalam pegangan hidupnya ialah pesanan ibunya Puan Wan Tampawan Wan Hanafi kalau makan jangan sampai kenyang kalau masih ada selera makan maka kena berhenti nanti kalau terlalu kenyang bermacam kesan akan dialami dan akan memudaratkan.Realitinya untuk menjaga kesihatan dan saya percaya amalan ini kerana Tun Mahathir kini sudah berumur 87 tahun.Dari segi berkuasa,beliau tidaklah tamak dan meninggalkan jawatan perdana menteri dengan membuat formula sendiri bagaimana peralihan kuasa dapat dijalankan.Tun Abdullah Ahnmad Badawi adalah orang kepercayaannya untuk menerajui Negara. Wawasan penswastaanya kelihatan amat berjaya tetapi wawasan ini telah terperangkap dalam kawalan para pengusaha yang menjurus kepada sifat tamak haloba. Ini adalah disebabkan sistem ini akhirnya mengarah kepada monopoli dan sistem monopoli sebenarnya memberi kelebihan dan keuntungan yang besar kepada segelintir kecil pemilik perusahaan itu. Rakyat dari kelompok majoriti adalah pengguna dan lubuk pasarannya. Maka perolehan yang menguntungkan dalam apa saja yang berbentuk monopoli adalah hanya kepada pemiliknya yang kecil. Orang ramai teraniaya dalam sistem monopoli yang sebenarnya sedang diamalkan oleh negara ini. Tetapi mereka berselindung di sebalik istilah perusahan dan perdagangan kapitalis. Hari ini rakyat telah mula merasa bahangnya dasar penswastaan. Kenaikan harga barangan dan kos sebenarnya ditanggong oleh rakyat jelata. FELDA tidak lagi memberi kebajikan yang membanggakan kepada peneroka sebagaimana dasar penubuhannya. Begitu juga dengan pembekalan air dan eletrik dan jalanraya atau lebuh raya dan lain-lain. Masalah ini akan bertambah mencengkam rakyat apabila barisan pemerintah lemah. Lebih-lebih lagi jika rasuah telah membudaya. Dan amat parah jika perjalanan politik dibiayai oleh mereka. Itulah diantara sebabnya Dr Mahathir menangis dihujung hari persaraannya. Beliau ingin duduk lagi untuk membetulkannya tetapi beliau sudah tidak dapat diterima lagi. Beliau menangis kerana acuan pemikiran dan falsafahnya tidak diikuti mengikut acuan yang disediakan. Dan beliau telah melihat kegagalan total akan berlaku. Tunggu sahaja masanya. Sebenarnya masa masih ada untuk memperbetulkan diri tetapi sayangnya pemimpin didikan beliau telah terlalu jauh terperangkap dan falsafah pemikiran mereka tidak berpijak di bumi. Mereka hanya berselera dan bernafsu besar terhadap hasil atau imbalan yang besar berbanding dengan usaha dan kerja yang sedikit. Mereka menganggap diri mereka hebat dan bertambah sombong dan angkuh sehingga kepada Dr. Mahathir pun mereka telah hilang hormat. Dr. Mahathir juga menangis kerana dia mengakui walau pun dia ada darah Mamak tetapi jiwanya adalah Melayu tulin. Dia pernah mengingatkan orang Melayu memang mudah lupa. Beliau sendiri sebagai orang Melayu pun mengakui sama bahawa itulah sifat negatif Melayu yang juga dimiliki beliau. Akhir-akhir ini otak dan pemikirannya seperti cergas kembali kerana dapat menanggap perkara-perkara yang negatif yang diamalkan oleh barisan kepimpinan anak didiknya. Beliau menyindir pemimpin dunia yang rasuah. Contohnya kepada Tony Blair yang menjadi jutawan dan pada waktu yang sama sebenarnya beliau menyindir anak-anak didiknya yang cepat kaya sampai tidak boleh diterima akal semasa menjadi menteri dalam kabinet Malaysia walau hanya satu atau dua penggal. Ini termasuklah menteri-menteri besar tetapi samada mereka peka atau sebaliknya inilah yang menyedihkan beliau.

Wednesday, January 20, 2010

Koleksi Silam

Pandir Lodah



PANDIR BIN LODAH

Merupakan Pegawai Pelajaran Daerah Beluran[Tahun 2005 hingga Tahun 2007] yang telah mencipta sejarah dan mencorakkan Beluran dengan gaya kepimpinan,kerendahan hati,keazaman berusaha dan komitmen tinggi.

Beliau mencipta sejarah kerana matlamatnya melawat 45 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah di daerah Beluran tercapai dalam tempoh tidak sampai 6 bulan.Pegawai-pegawai pelajaran yang bertugas di daerah ini,sampai bertukarpun tidak sempat menjejak kaki ke semua sekolah ini.PENCETUS dan orang pentng disebalik kejayaan mengapa kementerian meluluskan dan memberikan bayaran elaun pedalaman mengikut tahap kesukaran lokasi sekolah[P1 RM1,500,P2 RM1,000 dan P3 RM500].





Bil Nama Sekolah Jarak
Dari PPD (KM) Jenis Pengangkutan

1 SK.ABUAN 270.0 KERETA DAN BOT
2 SK. BALABANJAYA 16.0 KERETA
3 SK. BASAI BARU 130.0 KERETA
4 SK. BAWANG 225.0 KERETA 4×4 DAN BOT
5 SK. BINSULUNG 175.0 KERETA
6 SK. BOTITION 125.0 KERETA
7 SK. BUKIT BESI 95.0 BOT
8 SK. GOLONG 280.0 KERETA 4×4 DAN BOT
9 SK. HOLY CROSS 33.0 KERETA
10 SK. JAMBONGAN 270.0 BOT
11 SK. JAYA BAKTI 29.0 KERETA
12 SK. KABULUH 195.0 KERETA 4×4 DAN BOT
13 SK. KENIOGAN 130.0 BOT
14 SK. KOLAPIS 13.0 KERETA
15 SK. LADANG SABAPALM 100.0 BOT
16 SK. LIDONG 90.0 KERETA DAN BOT
17 SK. LIMAU-LIMAU 310.0 BOT
18 SK. LINGKABAU 170.0 KERETA 4×4 DAN BOT
19 SK. LUBANG BUAYA 260.0 KERETA DAN BOT
20 SK. MAIDAN 300.0 KERETA 4×4 DAN BOT
21 SK.MALALIN 295.0 BOT
22 SK. MONOPOD 250.0 KERETA
23 SK. MOYNOD 48.0 KERETA
24 SK. NANGOH 110.0 KERETA
25 SK. OBAH 260.0 KERETA
26 SK. PAMOL 125.0 KERETA DAN BOT
27 SK. PANTAI BORING 175.0 KERETA 4×4 DAN BOT
28 SK. PEKAN BELURAN 1.0 KERETA
29 SK. PERANCANGAN 104.0 KERETA DAN BOT
30 SK. PINANGKAU 280.0 KERETA 4×4 DAN BOT
31 SK. SEMAWANG 70.0 BOT
32 SK. SERI PAGI 25.0 KERETA
33 SK. SIMPANGAN 210.0 KERETA DAN BOT
34 SK. SUALOK 95.0 KERETA DAN BOT
35 SK. SUNGAI NANGKA 11.0 KERETA
36 SK. SUNGAI NAPAS 7.0 KERETA
37 SK. SUNGAI SAPI 42.0 KERETA
38 SK. SUNGAI-SUNGAI 180.0 KERETA DAN BOT
39 SK. TAGAS-TAGAS 95.0 BOT
40 SK. TAMPAT 195.0 KERETA DAN BOT
41 SK. TANGKARASON 250.0 KERETA 4×4 DAN BOT
42 SK. TANJUNG NIPIS 210.0 KERETA 4×4 DAN BOT
43 SK. TERUSAN SUGUT 170.0 BOT
44 SK. TETABUAN 70.0 BOT
45 SK. ULU MUANAD 10.0 KERETA
46 SMK. BALABAN JAYA 16.0 KERETA
47 SMK. BELURAN 1.5 KERETA
48 SMK. BELURAN II 7.5 KERETA
49 SMK. PAMOL 125.0 KERETA DAN BOT
50 SMK. SIMPANGAN 210.0 KERETA DAN BOT
51 SMK. TERUSAN SUGUT 170.0 BOT
hakcipta terpelihara © saidi bin liasan Jan 2010